Rosakkan Proton Iswara rakan demi Youtube, Isa Isarb terima pelbagai reaksi dari warganet

3451

Sejak kebelakangan ini, ramai yang menceburi bidang menjadi Content Creator di Youtube dan pelbagai jenis kandungan dan idea dapat kita lihat. Bermula dari video masakan hingga video membakar sebuah Mercedes-AMG GT 63 S.

konten youtube

Untuk saluran Youtube tempatan pula, Isa Isarb mencetuskan kontroversi apabila memuat naik sebuah video prank menghancurkan kereta pekerja merangkap rakannya sendiri demi kandungan video.



konten youtube

Berdasarkan video yang dimuat naik, Isa memaklumkan rakannya menggunakan kereta Proton Iswara yang kerap rosak.

Sebagai cara untuk ‘menghargai’ rakannya, dia memilih untuk membuat kejutan kepada rakannya.

Berdasarkan perancangan, Isa turut menyatakan mahu membakar kereta rakannya namun rancangan itu dihalang pihak berkuasa. Oleh yang demikian, Isa bersama pasukannya telah memecahkan cermin dan memancitkan tayar Proton Iswara milik rakannya tersebut.

Walau bagaimanapun, di sebalik kerosakan yang dibuat, Isa Isarb menggantikan kereta rakannya dengan sebuah Perodua Aruz baharu.

Lebih hebat, kereta baharu ini telah dibayar sepenuhnya secara tunai sebelum diberikan kepada rakannya.

Meskipun Isa Isarb ini mempunyai niat yang baik serta mempunyai cara yang unik untuk meraih jumlah tontonan di YouTube, cara yang dipilih kurang digemari segelintir warganet, apatah lagi melihatkan kereta ini merupakan kereta daripada jenama tempatan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here