Boleh hadir di mahkamah untuk ‘cabar’ jika dikompaun ketika PKP – pakar

906

Individu yang tidak berpuas hati dikompaun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ‘mencabarnya’ dengan tidak membayar denda dan hadir dalam perbicaraan di mahkamah.

gambar hiasan

Menurut Pakar Perlembagaan Dr Muhammad Fathi Yusof, ketika ini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menetapkan kadar maksimum kompaun ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berjumlah RM1,000.

“Jika ada individu disaman tidak bersetuju dengan kompaun dikenakan, jangan bayar. Apabila mereka tidak bayar, pihak pendakwa akan heret mereka ke mahkamah dan di sana pendakwa kena buktikan kesalahan dilakukan individu terbabit,” kata Dr Muhammad Fathi.



Katanya, prosedur denda itu sama seperti pesalah trafik yang akan diheret ke mahkamah jika gagal membayar kompaun dikenakan.

“Kebiasaan dalam kompaun ada tarikh perbicaraan, jika individu berkenaan nak cabar tindakan dikenakan ke atasnya, hadir dalam perbicaraan itu,” tambahnya.

dikompaun pkp

Pendapat sama turut disuarakan pakar undang-undang Prof Datuk Salleh Buang yang menjelaskan bahawa individu dikenakan kompaun boleh merayu jumlah bersesuaian di mahkamah.

“Boleh (bawa ke mahkamah), terserah kepada mahkamah nak bagi atau tidak (rayuan), ikut hasil keadaan setiap satu kes,” kata Prof Datuk Salleh.

Lanjut Prof Datuk Salleh, orang ramai juga boleh mencabar kesahihan undang-undang PKP di mahkamah tetapi tindakan itu dilihat hanya sia-sia.

“Boleh cabar, tetapi saya rasa tindakan sia-sia kerana saya yakin mahkamah akan kata undang-undang (PKP) ini sah.

“Malah, undang-undang PKP berasaskan akta parlimen dan wujud sebelum darurat diisytiharkan baru-baru ini,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here