Toyota dan Subaru mungkin bekerjasama hasilkan hot hatch AWD, bakal saingi Golf R dan AMG A35?

1071

Satu laporan dari Jepun mengatakan Subaru dan Toyota mungkin bekerjasama menghasilkan kereta berprestasi tinggi dengan pacuan semua-roda (AWD).

Hot hatch itu dikatakan akan mengambil inspirasi dari jentera rali kedua-dua syarikat berkenaan dari era kegemilangan 1990an.



Menurut majalah Best Car, kereta itu akan mempunyai footprint (jarak roda) seperti Impreza hatchback. Kuasa pula dikatakan dari enjin 2.4-liter Boxer turbo (260hp), sementara sistem AWD pula dari GR Yaris. Ini resepi menarik tuan-tuan!

Boleh menjadi pesaing kepada Volkswagen Golf R dan Mercedes-AMG AA35.

Tetapi laporan itu mengatakan sistem AWD symmetrical pula, iaitu dari Subaru. Ini nampaknya lebih kepada projek dari Subaru, seperti BRZ/GT86.

Walaupun ini nampak seperti formula sebuah jentera WRX, kita harus skeptikal sebentar. Ini kerana Subaru pernah berkata sedan Impreza WRX STI merupakan model prestasi teratas mereka. Jadi mungkin agak sukar untuk meletakkan model kerjasama dengan Toyota lebih atas dari Impreza sedia ada.

Dari perspektif Toyota pula, mereka memang ada dilaporkan mendaftar tanda nama Celica bulan lepas. Versi AWD ini pasti padan dengan nama dan latar belakang Celica GT-Four dalam era WRC.

Dalam pada masa yang sama, Toyota telah mempunyai model homologasi WRC dengan sistem AWD iaitu GR Yaris, jadi mengapa perlu pula kereta lain yang lebih kurang sama?

Apa pun sama-sama kita nantikan bagaimana perkembangan berita ini. Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here