Mercedes-AMG A35 4MATIC Sedan akan mengacau Civic Type-R dan Golf R

2296

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini melancarkan Mercedes-AMG A35 4MATIC Sedan, sebuah sedan kompak berprestasi tinggi yang turut menawarkan sedikit ruang untuk praktikaliti.

Pada RM348,888, ia adalah RM81k lebih mahal dari A-Class Sedan standard, iaitu A 250. Namun ia jauh lebih berkuasa.



Mercedes amg a35 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo empat-silinder yang menghamburkan 306hp dan 400Nm tork. Komponen enjin terdiri dari aluminium ringan yang diperkukuh.

Dipadan pula dengan transmisi dwi-klac AMG Speedshift 7-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda 4MATIC, 100km/j boleh dicapai dalam masa 4.8 saat sahaja.

Dari segi luaran, AMG A35 4MATIC ini dapat dibezakan dari A-Class sedan biasa dari penggayaan AMG agresif yang diterimanya.

Ini termasuklah gril depan AMG, apron depan AMG Line dengan ruang kemasukan udara, splitter depan dan elemen kemasan krom.

Di tepi pula, terdapat rim AMG 5-spoke aloi ringan bersaiz 19-inci berserta pemijak tepi pintu dengan tulisan Mercedes-Benz bercahaya. Melengkapkan keseluruhan gaya adalah lampu belakang kombinasi dan diffuser belakang.

Gaya sporti diteruskan ke bahagian dalam, disulami dengan elemen mewah tipikal sebuah Mercedes. Tempat duduk kulit ARTICO dan microfibre DINAMICA dikontrakan dengan jahitan dan tali pinggang merah.

Satu lagi ciri unik pada AMG A35 di sini adalah konsol tengah dengan touchpad dan suis tambahan untuk kawalan ESP dan mod manual transmisi.

Sama seperti A-Class hatchback dan sedan, A34 4MATIC ini turut mendapat sistem multimedia MBUX dengan fungsi arahan suara. Di depan pemandu pula ialah Widescreen Cockpit iaitu panel skrin melintang yang mengandungi segala maklumat pemanduan.

Dengan AMG DYNAMIC SELECT dan AMG RIDE CONTROL, kereta ini boleh diprogramkan mengikut kehendak pemandu tanpa berkrompromi dalam aspek kelincahan dan kestabilan.

Jadi, adakah anda akan memilih ini atau hatchback lebih fokus seperti Honda Civic Type-R dan Volkswagen Golf R?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here