Toyota 86 generasi akan datang lebih mengujakan dari GR Supra?

1460

Pengganti Toyota 86 akan melangkaui Toyota Supra dari segi keseronokan pemanduan, jika sebuah laporan dari Australia boleh dipercayai.

Media MOTOR itu memetik bahawa ketua jurutera Toyota 86, Tetsuya Tada mendedahkan bahawa syarikat itu sedang membangunkan generasi akan datang model sports 2+2 kecil itu. Dan pasukannya percaya bahawa “86 baharu akan melangkaui Supra” kerana “itu yang boleh dijangkakan oleh pelanggan”.



Walaupun pihak PR Toyota seakan menafikan kenyataan Tada, mengatakan bahawa tiada apa yang pasti buat masa ini, Toyota pula mengesahkan coupe sporti itu akan diganti.

Toyota GR Supra

86 generasi akan datang (sekali dengan kembar dari Subaru, BRZ) akan dibina di atas satu varian Toyota New Global Architecture (TNGA) kerana platform dari Subaru telah dibina khas untuk model pacuan semua-roda.

Jika benar, apa yang dinanti pula ialah aspek janaan kuasa 86, kerana pada masa ini ia nampak seperti akan diambil dari Subaru kerana ia padan dengan platform Impreza.

Khabar angin mengatakan unit itu ialah enjin Subaru 2.4-liter boxer naturally-aspirated, iaitu versi 2.0-liter yang telah  dipertingkat.

Jika enjin yang digunakan adalah dari Toyota pula, ia tidak mungkin akan menggunakan 2.0-liter sebaris dengan turbo seperti pada model-model Lexus. Ini kerana Toyota dan Subaru tidak berminat menggunakan unit turbo pada model sports ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here