Op Samseng Jalanan: Tiga motosikal disita kerana guna ekzos ubah suai

1332
Sebanyak 28 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan serta tiga buah motosikal telah disita dalam satu Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Utama Felda Besout 1, Perak.
Menerusi Op tersebut, Skuad 42 JSPT IPK Perak bersama BSPTD Muallim telah berjaya mengesan dan menahan sekumpulan remaja.
 
Tiga buah motosikal yang disita dibawah Seksyen 64(1) APJ 1987 atas kesalahan ubah suai ekzos dan dibawa ke IPD Muallim untuk tindakan lanjut.
tiga motosikal disita
Menurut JSPT IPK Perak, mereka tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan samseng jalanan.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here