Ubah suai motosikal lelaki ini jadi perhatian ramai, rupa dah macam Bumblebee!

1963

Seseorang pemilik sudah tentu akan melakukan penjagaan terhadap motosikalnya dengan sebaik mungkin seperti membuat servis berkala, selain mempunyai keinginan untuk melakukan proses ubah suai.

Malah, ada segelintir individu sanggup mengeluarkan wang dengan menambah pelbagai jenis aksesori demi kepuasan agar motosikal mereka kelihatan lebih menarik.



Tidak terkecuali bagi seorang lelaki di Indonesia ini, dimana dia telah melakukan proses ubah suai motosikal miliknya mengikut citarasanya yang tersendiri.

Hasil kreativiti lelaki tersebut dikongsi melalui perkongsian di laman Facebook miliknya, Dewa Penolong Jands.

Motosikal berwarna kuning miliknya dipasang dengan pelbagai aksesori sehingga membentuk seperti sepasang sayap dan beberapa lampu berwarna-warni.

Jadi tidak hairan sekiranya motosikal itu akan meraih perhatian pengguna jalan raya lain.

ubah suai motosikal

Gambar motosikal ini mula tular di media sosial, dan menerima pelbagai reaksi warganet yang mengatakan motosikal ini mengingatkan mereka dengan filem animasi berjudul Crush Gear.

Malah tidak kurang ada juga mengatakan reka bentuk motosikal tersebut seperti watak Bumblebee dari filem Transformers.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here