Saya cukup kecewa – Hafizh Syahrin

2377

“Ini satu keputusan mengecewakan. Saya cukup kecewa dengan diri saya sendiri,” luah Hafizh Syahrin setelah selesai ujian rasmi pra musim di litar Losail, Qatar.

Waktu untuk perlumbaan sebenar pada hujung minggu. Apa lagi masaalah Hafizh?



Ini kali pertama keterampilan saya dengan jentera NTS dan terpaksa mengambil masa selama 2 hari untuk menyesuaikan diri dengan motosikal tersebut, kata Hafizh.

Ianya juga merupakan kali pertama Hafizh bersua serta bekerjasama dengan krew teknikal NTS.

Menurut Hafizh, ujian pada hari ketiga menyaksikan pertambahan pelarasan suspensi telah dlakukan dan pada sesi terakhir penukaran tayar dan casis lebih ringan juga dilakukan.

Namun jentera NTS yang ditungganinya masih tidak memuaskan dan kurang berprestasi semasa di litar catatan masa yang dilakukan sepusingan adalah dalam lingkungan 2 minit.

 Ini satu keputusan mengecewakan. Saya cukup kecewa dengan diri saya sendiri.

Perlumbaan sebenar pada hujung minggu ini di litar yang sama. Jumaat ini merupakan pembuka tirai musim perlumbaan MotoGP 2021.

Mereka semua menunggu waktu perlumbaan pertama. Ini peluang bagi menilai dan masa tambahan bagi mencuba pelarasan yang lain dan untuk lebih kolektif dalam mencapai sasaran.

Bekas pelumba MotoGP itu mengakui masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan casis baru disamping perlu mencari pelarasan terbaik sebelum musim 2021 bermula pada jumaat nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here