Kerajaan negeri Terengganu kekalkan kelonggaran menjaja di lampu isyarat

1048

Kerajaan negeri Terengganu masih mengekalkan kelonggaran kepada peniaga untuk menjaja di persimpangan lampu isyarat di negeri ini.

menjaja lampu isyarat

Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Abdul Rahman, ia tidak bermaksud kerajaan negeri membiarkan aktiviti perniagaan itu dijalankan tanpa mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).



“Kerajaan negeri masih mengekalkan kelonggaran menjaja di lampu isyarat, namun kita tidak akan berkompromi dan akan menyerahkan kepada PBT atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat aduan melibatkan faktor keselamatan,” kata Nurkhuzaini.

“Setakat ini ada laporan diterima PBT berkaitan isu keselamatan melibatkan beberapa peniaga dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

“Bagaimanapun, kita masih lagi memberi kelonggaran sementara kepada mereka untuk berniaga asalkan mereka mematuhi peraturan demi keselamatan diri dan orang ramai terutama pengguna jalan raya,” tambahnya.

Nurkhuzaini berkata, langkah kerajaan negeri itu diambil bagi memberi ruang kepada peniaga yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kita memahami kesusahan dan kekangan dialami rakyat. Sebab itulah kerajaan akan lihat dari semasa ke semasa berhubung perkara ini. Buat masa ini kita tiada dasar lagi sama ada untuk menyekat atau menghalang mereka berniaga di lampu isyarat.

“Sebarang perkembangan kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” lanjut Nurkhuzaini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here