Empat lelaki dikompaun RM5,000 kerana alih penghadang jalan untuk merentas daerah

1005

Tindakan kurang cerdik empat lelaki mengalihkan penghadang jalan raya yang diletak oleh pihak polis di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, Pasir Mas, untuk merentas daerah mengundang padah apabila setiap seorang daripada mereka dikompaun sebanyak RM5,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, empat lelaki itu ditahan polis ketika mereka cuba merentas daerah tanpa surat kebenaran polis di kawasan jambatan yang menghubungkan daerah Pasir Mas dan Kota Bharu itu.



penghadang jalan merentas daerah

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan itu merupakan penunggang motosikal manakala seorang lagi pemandu kereta itu didapati mengalihkan penghadang jalan jenis water barrier di susur masuk ke jambatan itu.

“Polis menahan kesemua suspek itu selepas melakukan intipan pada pukul 1 pagi.

penghadang jalan merentas daerah

“Semasa ditahan, kesemua individu terbabit gagal mengemukakan surat permohonan rentas daerah yang sah daripada pihak polis,” katanya.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kesemua lelaki yang ditangkap itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here