Suami isteri berjalan kaki ratusan kilometer untuk balik kampung

1957

Seorang lelaki di Indonesia menjadi perhatian warganet kerana sanggup berjalan kaki ratusan kilometer dari Jawa Tengah ke Bandung untuk pulang ke kampung halamannya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dani, 39, turut membawa isteri serta dua anaknya yang masih kecil, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun setengah.



Dia terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menaiki kenderaan.

Tambahan lagi, pengangkutan awam turut tidak beroperasi susulan perintah larangan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia.

“Saya bertolak dari Gombong pada 2 Mei lepas dengan hanya membawa beg dan wang berjumlah 120,000 rupiah (RM34.50).

“Meskipun hanya membawa wang yang sedikit, saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan, ada sahaja manusia berhati mulia yang memberi makanan kepada anak-anak saya serta menghulurkan wang,” katanya.

berjalan ratusan kilometer

Setiap hari, Dani sekeluarga berjalan kaki sejauh 25-30km dan berehat di surau atau masjid pada waktu malam.

Dia juga akan menghindar apabila terjumpa dengan anggota polis kerana enggan dikatakan sekadar mahu mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

berjalan ratusan kilometer

Dani berhasrat untuk terus menetap di kampung kerana sudah kehilangan pekerjaan lamanya di Gombong. 

Jika tiada halangan di sepanjang perjalanan, dia sekeluarga dijangka tiba di Bandung pada hari kedua perayaan Aidilfitri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here