Utama Berita Automotif Berita Tempatan Penduduk kampung berang, bakar penghadang dan kawat duri SJR di ‘laluan tikus’

Penduduk kampung berang, bakar penghadang dan kawat duri SJR di ‘laluan tikus’

811
Akibat terlalu marah laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan bakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.
bakar penghadang dan kawat
Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9:30 pagi pada Ahad.
 
Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bagaimanapun ada masyarakat yang tidak mengambil endah dengan arahan yang telah dikuatkuasakan.
 
Katanya ianya terbukti dengan sikap tidak bertanggunjawab dengan merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.
 
Tindakan itu, jelasnya, seperti memberontak kerana ‘laluan tikus’ yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu.
Susulan itu Roslee berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.
 
Katanya pihaknya juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
 
Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here