11 individu dikompaun rentas daerah untuk ambil gambar raya

822

Gara-gara merentas daerah untuk mengambil gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri, 11 individu telah dikompaun RM5,000 setiap seorang.

gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kesemua lelaki berusia 20 hingga 23 tahun itu ditahan anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan ketika melakukan rondaan Op Covid-19 di Jalan Baru Pulau Bunting, Yan pada jam 6 petang 13 Mei.

Katanya, sebaik disoal kesemua mereka gagal mengemukakan surat merentas daerah.



“Kesemua mereka ditahan bersama empat buah kereta dan di bawa balik ke IPD Yan untuk dikompaun.

merentas daerah gambar raya

“Salah seorang daripada yang dikompaun bekerja di negeri lain namun memberi alasan pulang menziarahi ibu sakit di Alor Setar tetapi mengambil kesempatan merentas ke daerah ini tanpa surat kebenaran polis,” kata Shahnaz.

Lanjut Shahnaz, mereka mengaku datang dari Alor Setar dan Kuala Muda ke Yan untuk tujuan berjalan-jalan dan untuk mengambil gambar di Pulau Bunting sempena hari raya.

Jelasnya, 11 individu terbabit didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Shahnaz berkata, kompaun dikeluarkan Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here