Xinshiji Finja 500 – Jelmaan Kawasaki Ninja buatan China yang lebih murah!

2591

Pengeluar motosikal dari China iaitu Xinshiji nampaknya membuat ‘inovasi unik’ di segmen superbike. Baru-baru ini, mereka memperkenalkan sebuah motosikal yang diberi nama Finja 500.

Xinshiji finja 500
Xinshiji Finja 500

Seperti namanya, anda semua sudah tentu dapat meneka motosikal ini diinspirasikan dari model mana. Ya, reka bentuk Finja 500 diinspirasikan atau merupakan klon dari Kawasaki Ninja ZX-10R.

Keseluruhan reka bentuk diambil sepenuhnya dari superbike itu (walaupun tidak sesempurna Ninja ZX-10R), bermula dari bahagian hadapan sehingga ke bahagian belakang. 



Xinshiji finja 500

Untuk prestasi, Finja 500 tidaklah berkuasa seperti Kawasaki Ninja ZX-10R. Sebaliknya, Finja 500 dikuasakan enjin 500cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 49.3hp.

Motosikal ini juga hadir dengan sistem brek cakera dari Showa pada bahagian hadapan dan belakang, dan belum diketahui ianya menggunakan teknologi ABS atau tidak.

Xinshiji finja 500

Menurut Rushlane.com, Finja 500 ditawarkan pada harga INR1.46 lakh (RM8,237), iaitu jauh lebih murah dari sebuah Kawasaki Ninja ZX-10R.

Untuk makluman, Kawasaki Ninja ZX-10R dikuasakan oleh enjin 998cc oil-cooled DOHC yang mampu menghasilkan sehingga 200bhp pada 13,500 rpm dan 115Nm tork pada 11,200 rpm.

Kawasaki Ninja ZX-10R

Secara keseluruhan, superbike ini mampu memecut 0-100km/j dalam masa kurang dari tiga saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 300km/j. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here