Pesawat Antonov An-26 Rusia terhempas, 28 penumpang maut

1396

Semua 28 penumpang termasuk anak kapal disahkan terkorban dalam tragedi pesawat Antonov An-26 Rusia yang terhempas. Sebelum ini, pesawat itu dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka, timur Rusia, pada Selasa lalu.

Antonov An-26 Rusia

Ketika terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, pesawat Antonov An-26 Rusia itu dalam perjalanan dari ibu kota wilayah Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana, iaitu perkampungan di utara semenanjung Kamchatka.



Ianya dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.

Pihak berkuasa penerbangan awam Rusia mengesahkan bahawa lokasi nahas pesawat itu telah ditemui selepas kementerian kecemasan menghantar helikopter dan pasukan darat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Dalam pesawat yang mula beroperasi sejak tahun 1982 itu, terdapat 22 penumpang dan enam anak kapal, termasuk Datuk Bandar, Palana, Olga Mokhireva.

Piawaian keselamatan penerbangan Rusia telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi kemalangan udara terutama membabitkan pesawat berusia masih biasa berlaku.

Pesawat era Soviet yang masih digunakan untuk penerbangan tentera dan orang awam di beberapa negara, telah terlibat dalam puluhan nahas maut sejak mula beroperasi sekitar 50 tahun yang lalu.

Antonov-28, pesawat yang serupa, terhempas ke hutan Kamchatka pada 2012 dalam nahas yang mengorbankan 10 orang di laluan yang sama. Penyiasat ketika itu mendapati kedua-dua juruterbang dalam keadaan mabuk ketika nahas berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here