Wanita ini beli kereta dengan wang hasil menabung selama lima tahun!

1445

Seseorang perlu berusaha untuk mencapai impian yang diingini, seperti contoh memiliki sebuah kereta.

Ada banyak cara untuk penuhi impian ini, seperti membuat pinjaman atau menabung terlebih dahulu supaya dapat membeli kereta secara tunai.

gambar hiasan

Seorang wanita di Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia memilih untuk menabung, bagi membeli sebuah kereta secara tunai. Walaupun terpaksa menunggu dalam masa yang sangat lama, akhirnya usahanya membuahkan hasil.



Berdasarkan video yang dikongsi oleh laman Instagram @makassar_iinfo, dapat dilihat beberapa orang staf sebuah pusat pengedar sedang sibuk mengira sejumlah wang yang diletakkan dalam beberapa kotak dan plastik.

beli kereta wang menabung

“Salah seorang penduduk di daerah Bulukumba telah membeli satu unit Toyota dari hasil menabung selama 5 tahun,” tulis kapsyen dalam video itu.

Wanita yang membeli kereta itu juga dikelilingi oleh beberapa orang staf pusat pengedar. Bagaimanapun, masih belum dipastikan Toyota model mana yang menjadi pilihannya.  

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencapai 52.3k likes, dan pelbagai komen dari warganet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here