#Tips: 11 DIY cuci kereta yang anda boleh buat di rumah

6634

Siapa yang memiliki kereta pastinya berdepan dengan masalah untuk mengekalkan kereta supaya sentiasa nampak baru dan cantik. Walaupun dah basuh dengan kerap, namun ada bahagian sudah kelihatan kusam. 

Jadi ini tips anda boleh buat sendiri sahaja di rumah dan bahan yang digunakan juga mudah dijumpai. Mudah dan senang…

1. Basuh dengan syampu perapi rambut



Kebanyakan perapi rambut memiliki kandungan lanolin, iaitu sejenis lilin yang dapat membuat kereta kelihatan licin.

2. Buang serangga mati guna semburan minyak 

Sembur minyak pada bahagian yang dipenuhi dengan serangga kecil kemudian lap dengan kain bersih. 

3. Guna minyak zaitun agar papan pemuka berkilat

Tuangkan beberapa titik minyak zaitun pada kain atau tisu kemudian gosok rata pada permukaan papan pemuka. Sebelum itu, bersihkan terlebih dahulu kotoran atau debu.

4. Cuci papan kemuka dengan Vaseline

Lap dahulu papan pemuka agar bebas daripada kotoran mahupun debu kemudian letakkan Vaseline.

5. Guna ubat gigi, baking soda hilangkan kotoran pada lampu 

Picit sedikit ubat gigi di atas kain kemudian gosok keseluruhan permukaan lampu kereta. Kemudian lap dengan kain yang sudah disapu dengan baking soda sehingga bersih. 

6. Bersihkan celahan pendingin hawa dengan span kraf

Ini cara paling mudah untuk menjangkau bahagian yang sukar dengan menggunakan span kraf yang kecil anda boleh mencuci celahan pendingin hawa yang lebih dalam. 

7. Guna semburan angin untuk hilangkan debu 

Bagi memudahkan cucian pada celahan kecil yang sukar dijangkau semburan atau tembak angin merupakan cara paling mudah dan cepat. 

8. Stokin lama, cawan & pencuci cermin bersihkan tempat letak air

Sarungkan stokin lama yang bersih pada cawan. Saiz cawan perlu semuat-muat dengan saiz tempat letak air anda. Kemudian sembur sabun pembersih pada stokin berkenaan. 

Letak cawan yang sudah disarung dengan stokin tadi pada tempat pemegang cawan anda dan pusingkan untuk membersihkan sekeliling ruangan berkenaan. 

9. Hilangkan kotoran celah kerusi guna berus gigi

Ini bahan paling mudah dijumpai di rumah. Jangan buang berus gigi yang sudah lama kerana anda boleh gunakan untuk mencuci celahan kerusi kereta yang menyimpan begitu banyak habuk dan serbuk makanan.

10. Gunakan pemutar skru & kain lap cuci celahan sempit

Siapa sangka dengan pemutar skru anda boleh membersihkan celahan yang sukar dijangkau seperti pada bahagian kotak gear. 

11. Bersihkan cermin kereta dengan tisu basah

Simpan sebekas tisu basah dalam kereta terutama ketika perjalanan jauh dan apabila debu halus melekat pada cermin anda boleh gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian itu.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here