Honda Baiku skuter elektrik satu roda masa depan

1757

Model konsep Honda Baiku hasil sentuhan pereka asal Valencia, Nacho Alfonso Garcia ini memberikan kita bayangan pengangkutan masa depan.

Skuter elektrik satu roda itu merupakan penyelesaian pengangkutan akan datang yang membolehkan pengguna bergerak antara lokasi ketika masa lapang.



Motosikal satu roda merupakan salah satu bidang baharu yang diterokai di bawah mobiliti kenderaan elektrik yang popular sejak tahun lalu. 

Jadi kehadiran Honda Baiku memberikan pilihan baharu segmen mewah yang menyasarkan pengguna generasi muda.

Pengguna perlu mengimbangi diri di atas roda tunggal dengan bantuan sensor giroskop dan accelerometer yang dipasang pada skuter berkenaan.

Skuter elektrik berkenaan dilengkapi dengan pelana rata yang boleh dilipat ke dalam frem apabila tidak digunakan bagi menjimatkan ruang ketika parkir.

Sementara, skrin paparan teknologi tinggi yang besar pada bahagian atas hingga ke frem bawah memaparkan perincian maklumat skuter tersebut.

Bahagian atas memaparkan maklumat seperti kelajuan, suhu, navigasi manakala skrin bawah bertindak sebagai alat kawalan jauh yang disambung ke telefon pintar. 

Padanan lampu depan LED besar memberikan pencahayaan terang terutamanya pada waktu malam. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here