Mabuk ketika tunggang skuter elektrik, lelaki ini didenda RM18k!

1127

Polis Korea Selatan berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, kerana menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk di Hongcheon, wilayah Gangwon.

skuter elektrik mabuk
gambar hiasan

Lelaki tersebut kemudian bertindak mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada pihak polis dan menolak untuk menjalani ujian pernafasan bagi mengesan kandungan 4lkohol.

Menurut hakim kanan di Mahkamah Daerah Chuncheon, Cheong Moon-sik, lelaki tersebut kemudian dijatuhi hukuman denda 5 juta Won (RM18,470) di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.



Kes ini dibicarakan buat kali pertama pada 15 Julai atas tuduhan gagal menjalani ujian pernafasan bagi mengesan kandungan 4lkohol dan tertuduh berada dalam keadaan terhuyung-hayang ketika menunggang skuter elektrik.

“Adakah ini skuter elektrik ini sebuah kereta? Jangan mengarut,” kata lelaki tersebut yang enggan menjalani ujian pernafasan ketika ditahan oleh pihak polis.

Menurut hakim, tertuduh masih melakukan kesalahan tersebut walaupun dia sudah mempunyai dua rekod jenayah memandu dalam keadaan mabuk. 

gambar hiasan

Tambah Cheong, mahkamah masih mempertimbangkan skuter elektrik yang ditunggang lelaki tersebut adalah miliknya secara peribadi, dan tidak temasuk dalam hukuman di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang disemak semula, yang berkuat kuasa pada 10 Disember.

Berdasarkan undang-undang yang disemak semula, hanya mereka yang mempunyai lesen memandu dibenarkan untuk menggunakan alat mobiliti peribadi. Sebelum pindaan undang-undang ini, mereka yang berumur 13 tahun keatas sudah dibenarkan untuk memandu skuter elektrik dengan had kelajuan 25km/j.

Undang-undang yang disemak semula tersebut bagaimanapun dapat digunakan selepas April 2021.

Setelah berlaku peningkatan kadar penggunaan skuter elektrik secara drastik, undang-undang tersebut terpaksa disemak semula bagi memastikan keselamatan di kalangan masyarakat.

Dalam kes di wilayah Gyeonggi pada September lalu, polis Korea Selatan berjaya merampas 380 skuter elektrik kerana diparkir secara haram.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here