Banjir LPT: Senarai laluan dan lebuhraya ditutup setakat ini

2237

Hujan lebat sejak Sabtu malam (2 Januari) di Pahang telah menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu dinaiki air bermula pagi semalam (3 Januari).

Ini menyebabkan ramai yang pulang ke kampung halaman atau bercuti di Pahang terkandas dan tidak dapat pulang ke ibu negara susulan beberapa kawasan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) ditenggelami air.



Berikut kami senaraikan kawasan-kawasan terjejas setakat ini, tengahari 4 Januari 2020:

  • Laluan antara Persimpangan Karak ke Lanchang dan Lanchang ke Karak ditutup di kedua-dua arah berikutan limpahan air di KM 84.6.
  • Trafik masih sesak di Persimpangan Karak (kedua-dua arah), sebelum memasuki Plaza Tol Karak, dan susur keluar Persimpangan Lanchang (Arah Barat)
  • Laluan Sri Jaya-Gambang di KM 198.7 Arah Timur dibuka semua lorong, tetapi untuk Arah Barat, lorong kecemasan dan kiri ditutup. Trafik masih lancar dan terkawal.
  • Laluan Lanchang-Temerlong terdapat limpahan air di KM 113.3 kedua-dua arah. Arah Timur: hanya lorong kanan dibuka. Arah Barat: lorong kanan dan kiri dibuka, hanya lorong kecemasan ditutup
  • Trafik perlahan awal pagi ini selepas keluar terowong Genting Sempah menghala KL kerana kemalangan di KM 31.4, lorong kiri terhalang
  • Perlahan 11km dari Gambang menyusuri keluar ke R&R Gambang berikutan banjir di KM 198 Arah Barat, lorong kiri terhalang

Kami akan kemaskini sekiranya terdapat sebarang perkembangan mustahak. Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here