Penghantar makanan pula maut langgar jalan berlopak, sampai bila begini?

1142

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.

Sumber: Headtopics

“Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.



“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Ezanee, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian Covid-19.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ulasnya.

Kejadian ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.

Semalam, lelaki warga emas maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini.

Jadi, sampai bila jalanraya kita akan ‘makan nyawa’ disebabkan faktor berlubang atau rosak?

Atau dalam kata lain, sampai bila RAKYAT harus terkorban atas perkara yang tidak sepatutnya ini?

Minggu lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera ringan selepas terjatuh dari basikal, juga akibat terlanggar lubang jalan.

Dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat terus tampil memohon maaf kepada Ahli Parlimen Rembau itu atas kecederaannya.

Jadi, apa tindakan JKR atau pihak berwajib apabila ada rakyat terkorban atas perkara sama ini? Adakah perlu tunggu menteri juga yang terkorban baru mereka hendak pandang serius akan masalah ini?

Oh ya, bukan masalah pun sebenarnya. Jalan berlubang sebenarnya menjadi tanggungjawab mereka untuk menjalankan rondaan memantau, menyelenggara atau bertindak dari aduan rakyat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here