[Video] Percaya sangat Google Maps, kereta tersangkut pada tangga

953

Google Maps antara aplikasi navigasi popular yang digunakan di seluruh dunia kerana boleh digunakan secara percuma.

Tidak dinafikan, apalikasi ini sangat membantu pengguna menuju ke destinasi dengan memberikan beberapa pilihan perjalanan tambahan di lokasi yang kita tidak arif. 



Walaupun begitu pengguna juga perlu sering memperhatikan laluan yang dipilih jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada arahan navigasi, jika tidak beginilah jadinya.

Video yang dimuat naik akaun Instagram @fakta.indo tular apabila sebuah kereta berwarna perak menuruni tangga sehingga menyebabkan penduduk sekitar hairan.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Indonesia itu menunjukkan penduduk sekitar membantu pemandu wanita tersebut apabila keretanya tersangkut di tengah tangga tersebut.

Lebih menghairan pemandu tersebut masih meneruskan perjalanan walaupun sudah tahu laluan di depannya adalah tangga.

Seperti kata salah seorang netizen, “tapi uda tau tangga kok malah diterusin bukannya malah berhenti.”

Adakah pemandu wanita tersebut tersalah tetapan dengan memilih laluan pejalan kaki. Tiada siapa tahu. Bagaimanapun ini bukan kejadian kali pertama pemandu tersalah masuk laluan gara-gara terlalu bergantung kepada aplikasi navigasi. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here