Tiga syarikat gergasi kereta prestasi tinggi hasilkan Bugatti Bolide versi litar

2068

Syarikat pengeluar kenderaan prestasi tinggi Rimac Automobili, Porsche AG dan Bugatti Automobiles bergabung menghasilkan entiti syarikat hypercar baharu yang dinamakan Bugatti Rimac.

Model pertama di bawah jenama itu ialah Bugatti Bolide, sebuah hypercar yang dibangunkan khas untuk pemanduan litar dan bukannya kegunaan jalan raya. 



Ditawarkan dalam jumlah terhad sebanyak 40 unit harga jualan hypercar itu dianggarkan RM16.97 juta.

Bolide bakal menggunakan enjin W16 8.0 liter dengan empat pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 1,825hp dan tork 1,850Nm. Cukup berkuasa!.

Jentera ini memiliki nisbah berat-ke-kuasa hanya 0.67kg/hp. Berat badan juga lebih ringan hasil penggunaan skru titanium, brek seramik dan kemasan gentian karbon pada casis monokok dan beberapa komponen lain.

Menerusi pacuan semua roda (AWD) dan transmisi 7-kelajuan DSG, ia mampu memecut daripada 0-100kmj dalam tempoh 2.17 saat.

Bahagian kaki dipadankan dengan rim magnesium OZ Racing bersaiz 18-inci rekaan turbin.

Bugatti Bolide versi trek itu mematuhi ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh FIA.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here