UMW menjangkakan jualan kenderaan meningkat

1043

Sektor-sektor ekonomi dalam negara kini mula bergerak semula termasuklah sektor automotif selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Kumpulan UMW adalah syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta membabitkan diri dalam pelbagai usaha sama.



Dengan perniagaan berasaskan Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa dan konglomerat itu kini beroperasi di lapan negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,000 orang.

Kumpulan UMW menjangkakan kadar jualan kenderaan akan meningkat pada ogos dengan pembukaan semula bilik pameran dan kilang pemasangan selepas pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP).

 

Baru baru ini Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan hanya 7,086 unit didaftarkan pada Julai 2021, UMW Toyota Motor (UMWT) pula mendaftarkan penjualan sebanyak 1,450 kenderaan, dan Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 655 unit.

Malah mencatatkan penjualan minimum pada Jun dan Julai disebabkan oleh PKPP.

Namun walaupun dalam fasa sekatan pergerakan penuh tetap mencatatkan tempahan yang baik dan boleh dipenuhi.

Bilik pameran dalam talian Toyota, Lexus dan Perodua terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan sepanjang fasa sekatan pergerakan selepas menunjukkan peningkatan pelawat yang tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata, ‘pengumuman berkaitan pelonggaran sekatan memberi kelegaan besar dan pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan sektor automotif untuk beroperasi semula’.

“Dalam usaha untuk menjalankan semula operasi, pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan semua pekerja, pembekal dan peniaga diberikan vaksin secara progresif.”

“Kami juga akan terus memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dipatuhi sepenuhnya demi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja kami.

Pesanan kenderaan yang menggalakkan, pengeluaran model baharu serta perlanjutan terhadap pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2021 dapat membantu usaha Kumpulan UMW untuk mencapai jumlah sasaran penjualan kenderaan tahunannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here