JPJ: Orang awam boleh lapor jika nampak kenderaan guna nombor plat fancy

1795

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan keizinan kepada orang ramai untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy.

BACA>>JPJ buka bidaan nombor plat AMD bermula hari ini



Ini disebabkan terdapat kenderaan yang menggunakan nombor palsu, kabur atau fancy sehingga mengelirukan dan sukar dibaca menyebabkan banyak implikasi dan lebih serius membabitkan kes jenayah.

Menurut JPJ, semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA>>JPJ: Rider p-hailing paling banyak langgar lampu isyarat sebab kejar trip

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, pemilik kenderaan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 dan aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat emel aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here