[Video] Kanvas lori terbang, penunggang dan penumpang motosikal nyaris maut

3687

Tular satu rakaman video papan pemuka (dashcam) menunjukkan dua orang penunggang motosikal nyaris maut digilis lori tangki minyak apabila ditutupi kanvas terbang. 

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kain kanvas yang menutup bahagian belakang sebuah lori berkibaran sebelum kain kanvas tersebut tercabut lalu terbang membaluti dua orang penunggang motosikal yang berada di belakang lori tersebut.



Disebabkan itu, pemandangan penunggang motosikal itu terhalang sehingga menyebabkan penunggang hilang kawalan lalu melanggar tayar sebuah lori minyak berhampiran dan kemudian terjatuh di tengah-tengah jalan.

BACA>>JPJ: Orang awam boleh lapor jika nampak kenderaan guna nombor plat fancy

Bagaimanapun, selepas insiden itu kedua-dua mangsa dilihat masih mampu berdiri dan mangsa tidak mengalami kecederaan yang lebih parah atau kehilangan nyawa.

Namun, pihak polis kini sedang mengesan kesemua pihak yang terlibat termasuk individu yang merakamkan kejadian yang berlaku di Kilometer 33.5 Jalan Puchong/Cyberjaya/Dengkil berhampiran susur menghala ke Kajang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima, susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh JSPT Sepang bagi memulakan siasatan dan pihak polis kini sedang mengenal pasti nombor pendaftaran bagi semua kenderaan terlibat.

“Siasatan berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat.

BACA>>Cap helmet Bell dijual harga RM15k, demo dok kenal barey!

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here