Tular video konvoi motor buat aksi superman dan tunggang melulu, netizen minta polis ambil tindakan

2111

Sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat aksi ‘superman’, bukan saja mengundang bahaya sendiri bahkan pengguna jalan raya lain. 

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu yang bersaing sesama sendiri, dirakam oleh seorang pengguna Rames Subramaniam dan dimuat naik di laman Facebook Kami Pengguna Jalan Raya.



Menerusi video berdurasi 2 minit 5 saat itu, dapat dilihat salah seorang penunggang melakukan aksi ‘superman’ ketika memotong kenderaan lain dengan laju tanpa memberi signal. 

Video yang tular itu mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu dan berharap pihak polis mengambil tindakan pantas.

BACA>>Insiden kanvas lori terbang, polis sedang mengesan semua yang terlibat

BACA>>JPJ: Orang awam boleh lapor jika nampak kenderaan guna nombor plat fancy

“PDRM boleh bertindak, nombor plat kenderaan sudah jelas kelihatan.

“Aksi tunggangan sebegini menyebabkan berlakunya kemalangan. PDRM perlu melakukan sesuatu. 

“Malaysia seharusnya mengenakan tol kepada penunggang motosikal. Sudahlah tidak bayar tol, menunggang sesuka hati secara bahaya di semua lorong.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here