Tempahan Saga Elektrik dibuka, harga mula RM167k

2824

Syarikat Alpha Motors Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat, membuka tempahan model kenderaan elektrik (EV), Saga yang dipertontonkan pada umum di Los Angeles Auto Show baru-baru ini.

Saga elektrik tersebut menggabungkan konsep rekaan retro dan moden yang dijual pada harga bermula dari AS40,000 (RM167,280) hingga AS50,000 (RM209,100).



Model EV tersebut menerima reka bentuk yang seakan sama seperti versi sedan coupe Ace dengan dimensi panjang 4,700mm, lebar (1,910mm) dan tinggi (1,440mm).
 
Ruangan kabin menampilkan rekaan papan pemuka yang minimalis dan klasik. Pada papan pemuka tersedia sistem infotainmen jenis terapung, penyaman udara dan sistem radio klasik dengan tombol dail.
 
Sementara, luaran Saga elektrik didatangkan dengan bampar lebih besar, bumbung yang condong, garis bahu yang menonjol, bahagian belakang yang petak dan gerbang roda besar dengan rim 18 inci atau 16 inci. 
 
Dikatakan Saga EV ini bakal menerima bateri lithium-ion 85 kWh yang mana dengan isian bateri penuh mampu menawarkan perjalanan sejauh 483km dan dilengkapi dengan teknologi penyejukan dan pemanasan bateri.
 
Model EV dengan berat 1,905kg itu bakal ditawarkan dengan pilihan pacuan roda belakang (RWD) dan semua roda (AWD) dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh enam saat.

 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here