[Video] Pemuda nyaris digilis tayar treler ketika isi angin tayar motor

1182

Beberapa jam lalu, tular di media sosial seorang pemuda nyaris maut digilis tayar treler ketika mengisi angin tayar motosikal.

Video berdurasi 23 saat itu dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang pagi tadi.

Boleh dilihat ketika treler berkenaan membuat pusingan bahagian bampar depan melanggar belakang mangsa yang sedang mencangkung mengisi tayar belakang motosikalnya.

Dia didapati terseret di bahagian depan kepala treler berkenaan, namun sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis tayar treler berkenaan. 

Berdasarkan rakaman video itu, treler terbabit membuat pusingan untuk keluar dari stesen sebelum melanggar lelaki berkenaan.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here