Kereta api laju Jakarta-Bandung acah shinkansen kalis petir, angin dan gempa bumi

2225

Kereta api laju Jakarta-Bandung (KCJB), Indonesia bakal beroperasi bermula akhir tahun depan yang mana melibatkan kos AS6.071 bilion (RM25 bilion).

Bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara, laluan KCJB bermula dari stesen Halim, Jakarta dan berakhir di stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3km dan mengambil masa perjalanan 46 minit.



Selain itu, kereta api tersebut dikatakan memiliki ciri keselamatan tertinggi yang mana kalis angin, hujan lebat, gempa bumi, objek asing, hingga sambaran petir.

Kereta api yang memiliki kelajuan maksimum 350kmj itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan antaranya pusat pemantauan bencana, sensor pengesan bahaya sepanjang trek dan terminal pemantauan bencana di Tegalluar sebagai pusat pengelolaan data bencana.

Indonesia terletak di lingkaran gempa bumi, justeru itu laluan KCJB memiliki tujuh sensor bagi setiap jarak 25km. Sensor itu akan menghantar data ke pusat pemantauan bencana sekiranya mengesan gegaran.

Data yang disalurkan dipecahkan kepada dua iaitu gelombang P yang merupakan tanda awal gempa dan gelombang S yang merupakan gegaran perosak dari gempa bumi.

Sementara, maklumat gelombang P pula akan menyalurkan maklumat tahap gegaran kepada tiga peringkat iaitu pertama (40 gal-80 gal), peringkat kedua (80 gal -120 gal), dan ketiga (lebih daripada 120 gal).

Berdasarkan maklumat tersebut, KCIC dapat bertindak segera dengan menghantar amaran dan arahan ke setiap rangkaian kereta api yang sedang beroperasi.

ANCAMAN ANGIN KENCANG

Selain itu, setiap laluan juga dilengkapi dengan 17 sensor yang mengesan ancaman arah angin kencang dan bagi hujan pula trek KCJB dipasang dengan lapan sensor bagi setiap jarak 20km. 

Alat sensor tersebut akan mengirim data kepadatan hujan 10 minit hingga 24 jam. Sekiranya keadaan hujan boleh menyebabkan bahaya pusat kawalan akan bertindak dengan segera. 

Bagi isu benda asing yang memberi ancaman, setiap jejantas sepanjang KCJB dipasang dengan enam sensor bagi menghindari objek terjatuh ke laluan kereta api. 

Selain itu, Pengarah Presiden KCIC, Dwiyana Slamet Riyadi berkata ketika ini ada dua jenis  LPS yang dipasang di KCJB, iaitu luaran LPS dan dalaman EPS.

“Metode luaran LPS adalah pemasangan terminal udara yang berfungsi untuk menangkap petir dan down conductor grounding system yang mampu mengalirkan arus elektrik dari sambaran petir dari atas ke tanah dengan baik.

“Grounding system yang dibangun melalui IES seperti ini tidak ditemukan di kereta api lain. Sedangkan untuk internal LPS, pembinaan KCJB sudah dilengkapi shielding untuk keperluan induksi elektrik, penangkap untuk konduksi, dan bonding untuk elevasi tegangan,” jelasnya.

Semua ancaman petir sudah dipertimbangkan oleh ahli petir Indonesia yang mengambikira karakter petir negara iklim tropika sehingga dikatakan rekaan perlindungan terhadap petir di KCJB jauh lebih baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here