#TahukahAnda: Penyaman udara hypercar Bugatti boleh sejukkan sebuah apartmen

3938

Sistem penyaman udara sebuah kenderaan bukannya satu sistem mudah seperti memasang barisan kerusi dalam kabin kereta. Teknologi untuk menyejukkan kabin kereta sudah wujud sejak 1933.

Malah penyaman udara harus spesifik atau selari dengan fungsi sesebuah kereta. Bagi jenama hypercar mewah Bugatti, ini kisah mereka.


Pereka sistem penyaman udara Bugatti, Julie Lemke menyatakan satu daripada cabaran utama memasang sistem penyaman udara dalam hypercar syarikat Itali itu ialah setiap individu mempunyai suhu optimum yang berbeza.



Dia yang menyertai Bugatti sejak empat tahun lalu perlu memastikan sistem penyaman udara berfungsi dengan pantas tanpa menghasilkan bunyi bising.

Lebih-lebih lagi ia perlu berfungsi tanpa disedari pemandu dan penumpang, tetapi pada masa sama membuatkan mereka berasa selesa.


Cabaran kedua ialah kelajuan. Memandangkan kenderaan keluaran Bugatti seperti Chiron, Divo dan Chiron Pur Sport mampu mencapai kelajuan luar biasa, sistem penyaman udara digunakan tidak sama seperti kereta konvensional.

Sistem penyaman udara ini akan berubah mengikut kadar kelajuan kereta iaitu udara luar hanya akan masuk ke dalam kabin jika kelajuan melebihi 250kmj.


Keadaan menjadi lebih mencabar memandangkan cermin depan Bugatti hampir mendatar dengan kadar sudut condong 21.5 darjah berbanding kereta biasa dengan sudut 30 darjah. 

Ini menyebabkan lebih banyak haba panas atau bahang matahari memasuki ruang kabin. Bagi mengatasi masalah ini, Lemke menyatakan pemampat penyaman udara Bugatti mempunyai kapasiti penyejukan sehingga 10 kilowat atau 13hp.


Tahukah anda, Bugatti menyatakan ini sudah cukup untuk menyejukkan sebuah apartmen  seluas 861 kaki persegi!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here