Remaja 14 tahun curi Subaru, rempuh Lamborghini Urus selepas ‘drama’ dikejar polis

8899

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang berasal dari Perth, Australia, menimbulkan kekacauan selepas mencuri sebuah Subaru Forester.

Menurut laporan berita Perthnow, remaja tersebut merempuh kereta peronda Toyota Hilux dalam aksi kejar-mengejar dengan pihak polis, sebelum merempuh sebuah Lamborghini Urus.

Namun remaja itu sempat melarikan diri meninggalkan tempat kejadian selepas merempuh Lamborghini Urus berwarna kuning tersebut. Berdasarkan gambar yang dikongsi, SUV Itali itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan pintu penumpang dan  fender kanan.

Pemilik Lamborghini Urus tersebut nampaknya kurang bernasib baik kerana berada di tempat dan masa yang salah ketika kejadian. Lamborghini tersebut dianggarkan berharga Australia dollar 390,000 (RM1.8 juta). 

Jom Baca:   Boleh 'walk in' perbaharui cukai jalan dan lesen memandu di pejabat pos bermula hari ini!

Lamborghini Urus dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan kuasa 640hp dan tork 850Nm. Ianya mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 305kmj.

Difahamkan akibat perlanggaran tersebut juga menyebabkan Subaru Forester mengalami rosak teruk (total lost). Bagaimanapun remaja 14 tahun tersebut berjaya ditahan dan akan didakwa dengan pertuduhan mencuri dan pecah rumah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here