Tengah ‘show off’ buat donut, sekali ada ‘benda’ terpelanting….

1573

Kadang kala tengah seronok menunjuk skil depan orang ramai, lain pula yang terjadi. Mujurlah tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan yang berlaku.

Menerusi sebuah rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial memaparkan sebuah kereta Monte Carlo SS sedang membuat aksi donat di sebuah jalan raya di Amerika Syarikat (AS).



Sedang asyik membuat aksi donut tanpa disangka tiba-tiba ada objek yang terpelanting. Setelah diperhatikan dengan teliti rupanya tayar belakang kereta itu tercabut. 

Mujurlah tayar berkenaan tidak terpelanting ke arah orang ramai mahupun menghentam kenderaan berhampiran. 

Monte Carlo SS merupakan kereta Chevrolet jenis coupe dua pintu yang dikeluarkan sekitar 1981 hingga 1988. Model generasi keempat itu menawarkan keseimbangan prestasi dan keselesaan dengan pakej yang bergaya.

Monte Carlo SS berwarna hitam dalam video itu sudah dinaik taraf dan berdasarkan kerosakan yang dialami semestinya menelan kos yang agak tinggi. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here