6 fakta ringkas Honda Civic (2022) baru lancar, harga mula RM125k

3433

Honda Malaysia rasmi memperkenalkan sedan segmen-C popular mereka ke pasaran tempatan.  Honda Civic generasi ke-11 ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu:

  • Honda Civic RS: RM144,350.09
  • Honda Civic V: RM138,043.36
  • Honda Civic E: RM125,634.64 

DNA REKAAN

Civic serba baharu masih mengekalkan DNA reka bentuk, pengendalian dan prestasi yang sudah terbukti. 

Bahagian kerangka lebih kukuh berbanding generasi sebelumnya dengan peningkatan kilasan sebanyak lapan peratus dan 13 peratus lebih baik daripada segi lenturan. Penampilan luaran semakin elegan menerusi tawaran pencahayaan LED pada lampu depan, lampu nyala siang, lampu kabus (kecuali E) dan lampu combi belakang.



Civic serba baharu ini menggunakan teknologi Laser Brazing buat pertama kali bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas.

TAWARAN RS PERTAMA KALI

Honda Malaysia juga buat pertama kali memperkenalkan varian RS untuk barisan model Civic. Perincian yang ditawarkan pada RS antaranya:

  • Kemasan hitam berkilat pada pintu
  • Perumah cermin sisi berwarna hitam
  • Antena shark fin
  • Spoiler but dan pemegang pintu berwarna hitam
  • Rim aloi hitam kusam 18-inci  

JANAKUASA 

Civic dijana oleh enjin 1.5L i-VTEC pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 179hp dan tork 240Nm. Tork terbaik dalam segmennya menjadikan  enjin Civic lebih berkuasa berbanding enjin 2.4 liter. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi CVT bersama pilihan mod pemanduan ECON, Normal dan Sport. 

KABIN

Bahagian dalam Civic tampil lebih segar menerusi pembaharuan yang lebih mesra pengguna. Penglihatan visual kini lebih jelas menerusi ruang cermin yang besar. Kemudian panel honeycomb mesh memberikan rasa premium pada papan pemuka.

Varian RS didatangkan dengan tempat duduk kemasan kulit bersama jahitan benang merah bagi menghasilkan visual kontra. Paparan skrin infotainmen bersaiz 9-inci ditawarkan pada varian RS dan V manakala varian E didatangkan dengan saiz 7-inci.  

Antara ciri-ciri standard untuk semua varian ialah paparan kluster meter (TFT) berukuran 7-inci, dua slot USB untuk tempat duduk belakang dan pengelap cermin automatik.  

Selain itu, untuk memberikan ruang kabin yang lebih senyap dan pemanduan Honda turut menaik taraf NVH  dengan pemasangan penebat alas lantai dan semburan busa di bahagian kerangka.

CIRI KESELAMATAN

Civic serba baharu didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing yang dipertingkatkan dengan ciri baharu iaitu Sistem Lead Car Departure Notification iaitu yang pertama kali diperkenalkan buat model Honda Malaysia.

Berikut, ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Honda Sensing:

  • Lead Car Departure Notification System
  • Adaptive Cruise Control
  • Low Speed Follow
  • Collision Mitigation Braking System
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keep Assist System
  • Road Departure Mitigation
  • Lane Departure Warning
  • Auto High Beam

Ciri-ciri keselamatan yang lain yang ditawarkan termasuk, Honda LaneWatch, enam beg udara, Vehicle Stability Assist, Hill Start Assist, Emergency Stop Signal, Sistem Brek Anti-Kunci, Electronic Brake Distribution, Auto Brake Hold, Walk Away Auto Lock dan Remote Engine Start.

Dua Warna Baharu

Honda Civic ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:

  • Meteoroid Gray Metallic (warna baharu)
  • Ignite Red Metallic (warna baharu)
  • Platinum White Pearl
  • Lunar Silver Metallic
  • Crystal Black Pearl
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here