Rusia hancurkan pesawat terbesar dunia milik Ukraina

1358

Rusia menghancurkan Antonov-225, pesawat terbesar di dunia milik Ukraina, dalam serangan di luar Kiev pada Ahad, hari keempat Rusia ke Ukraina.

Pesawat terbesar bernama “Mriya,” atau “mimpi” dalam bahasa Ukraine, diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kyiv apabila ia diserang Rusia.

Myria mempunyai dimensi panjang 84 meter dengan boleh mengangkut kargo berat sehingga 250 tan dengan penerbangan kelajuan 850km/j.



“Rusia mungkin memusnahkan ‘Mriya’ kita. Tetapi mereka tidak akan dapat memusnahkan impian kita untuk sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kita akan menang!” tulis Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba di Twitter.

Menurut laporan CNN, syarikat pertahanan Ukraine yang menguruskan Antonov, Ukroboronprom mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat berkenaan dimusnahkan, tetapi akan dibina semula dengan perbelanjaan Rusia yang menelan kos sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion).

“Pemulihan itu dianggarkan menelan kos AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan lebih lima tahun. Tugas kami adalah untuk memastikan kos ini ditanggung oleh Persekutuan Rusia yang menyebabkan kerosakan yang disengajakan ke atas sektor penerbangan dan kargo udara Ukraine,’’ katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, pernah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 14 April 2018 dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia selepas melalui kerja menaik taraf lebih setahun lalu.

Sebenarnya, pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here