Lelaki ini kongsi 20 tips pengguna Lebuhraya Timur-Barat, 7.9K perkongsian dan 2.2K komen dari warganet

3447

Bagi mereka yang kerap menggunakan laluan Lebuhraya Timur-Barat (Grik-Jeli), panduan ini sangat berguna kepada anda.

Ini kerana seorang pengguna di akaun Facebook yang dikenali sebagai Mat Yoe berkongsi pengalamannya melalui laluan berkenaan.

Menurutnya, dia menggunakan laluan berkenaan sejak 10 tahun lalu dengan berulang-alik setiap dua minggu.



Hantaran itu menerima 7.6K pengkongsian serta komen mencecah 2.2K ketika artikel ini diterbitkan.

Bahasa yang disampaikan cukup bersahaja dengan menggunakan loghat Kelantan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan ramai yang bersetuju dengan perkongsian tips itu.

Bagi mereka yang kerap melalui Lebuhraya Timur Barat (Grik-Jeli) ini tips yang berguna untuk anda.

Anda boleh baca sedikit paparan gambar atau tekan link di bawah untuk sumber asal:

https://www.facebook.com/groups/406540413783958/posts/680258153078848/

Info Lebuhraya Timur Barat

  • Jarak: 123km dari Jeli ke Grik
  • Rekabentuk halaju jalan: 80km/hKadar pendakian: 7-10 °
  • Lebar jalan : 2.3 meter
  • Jambatan: 5 jambatan dan yang paling panjang 880m di tasik banding
  • Terowong: 1 terowong semi, dan beberapa laluan untuk hidupan liar

Lebuhraya Timur Barat menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. Projek pembinaan laluan itu menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya ini sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here