Pemuda didakwa curi 2 kereta dan 13 motosikal untuk bawa awek bersiar-siar

877

Seorang pemuda ditahan Polis Pimpri-Chinchwad baru-baru ini, kerana didakwa mencuri motosikal dan kereta kerana mahu membawa teman wanitanya untuk bersiar-siar

Kejadian itu berlaku di Pune, India selepas pemuda berumur 20 tahun terbabit ditangkap di kawasan Pengangkutan Nagar Nigdi di Bandar Pune Maharashtra.

Polis menemui 13 motosikal dan dua kereta daripada milikan remaja itu, lapor Hindustan Times.



Berdasarkan laporan, dikatakan pemuda berkenaan ditangkap selepas sepasukan polis yang sedang membuat meronda pada waktu malam.

Ketika disoal, pemuda berkenaan gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan berhubung kenderaan itu.

Berikutan itu, pemuda terbabit dibawa ke balai polis dan dikatakan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencuri kereta berkenaan.

Semasa disoal siasat, tertuduh mengaku mencuri 13 motosikal dan dua kenderaan empat roda dari kawasan Sangvi, Pimpri, Dehu Road, dan Talegaon Dabhade.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here