Ferrari 458 Italia – Jentera baru Polis Republik Czech, hasil kereta rampasan!

894

Polis Republik Czech memperkenalkan Ferrari 458 Italia selaku kereta polis negara berkenaan.

Ia adalah satu daripada kenderaan yang disita sebelum ditukar menjadi kenderaan polis di negara berkenaan.

Berdasarkan kenyataan media Polis Republik Czech berkata, pada tahun sebelumnya, pihak berkuasa negara berkenaan sudah merampas hampir 900 kenderaan.



Katanya, sebahagian besar kemudiannya dijual dan hasilnya digunakan untuk menampung kerosakan yang disebabkan oleh pesalah.

“Kami menyimpan beberapa kenderaan untuk tugas rasmi, selain mempunyai ratusan kenderaan yang dirampas yang berasal dari aktiviti jenayah,” katanya dalam kenyataan media.

Pada masa sama, jabatan polis berkenaan terpaksa membelanjakan CZK 340,000 (RM55,641) untuk mengubahsuai Ferrari itu, dan ia lebih murah untuk memiliki Skoda Scala baharu.

Pengubahsuaian yang dilakukan adalah warna, liveri, sistem kamera, radio dan lampu amaran khas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here