BMW ‘terbang’ lompat pembahagi jalan sebabkan kebakaran…

1737

“Saya nampak BMW dari arah Johor Bahru ‘terbang’ dan melanggar van di depan kereta saya.”

Kata seorang pemandu yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan berhampiran Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam. 

Pemandu Perodua Myvi, Tan Jia Xin, 34, yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari arah Permas Jaya menuju ke pusat bandar raya pada pukul 6.15 pagi.



“Sebaik sahaja menuruni Jam­batan Permas Jaya, saya ternampak sebuah kereta BMW melayang dan melanggar sebuah van pekerja di depan kereta saya.

“Ketika itu saya amat terperanjat dan panik. Bagaimana sebuah kereta dari arah Johor Bahru boleh melayang dan ma­suk ke arah jalan bertentangan sedangkan tebing itu tinggi?,” katanya. 

Namun, dia tidak dapat mengelak kerana kejadian berlaku sangat pantas dan sebaik berlakunya perlanggaran dengan van tersebut berlaku percikan api. 

Dia segera keluar dari kereta kerana api marak dengan cepat dan keretanya turut terbakar di bahagian enjin.

Tambahnya, pemandu van tersebut pengsan akibat dilanggar BMW tersebut berkenaan. 

“Mujur ada penunggang motosikal yang membantu mengeluarkan pemandu van itu, kalau tidak sudah tentu pemandu itu mati terbakar,’’ jelasnya.

Bagaimanapun, usaha beberapa penunggang motosikal untuk menyelamatkan pemandu BMW itu gagal kerana keadaan mangsa tersepit dan api marak dengan cepat.

Kemalangan tersebut meng­akibatkan kesesakan teruk sehingga 12km dari arah Pasir Gudang menuju ke pusat bandar raya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here