Kerajaan rancang bina litar drag di setiap negeri

1392

Kerajaan merancang untuk membina litar khas bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.

Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

Ismail Sabri Yaakob

“Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka,” katanya.



Beliau mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip di Gong Badak di sini hari ini.

Terengganu International Drag Strip di Gong Badak

Beliau berkata apabila litar itu siap, ia akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Ismail Sabri juga menyeru golongan muda supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022 iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi. Ia membabitkan pembangunan sukan motosikal dan kereta yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan.

Ismail Sabri berkata, di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui latihan, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan nasional.

Katanya, kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab-kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here