500 NAMES CANCER RIDES 2022 – CAKNE

616

Bulan September merupakan bulan kesedaran Kanser kanak-kanak Antarabangsa.

Misi yang diberi nama ‘500 NAMES CANCER RIDES 2022’ telah digerakkkan.



Ianya merupakan satu usaha gabungan grup motosikal berkuasa tinggi dalam visi memberi kesedaran kanser kanak-kanak serta menjana sumbangan buat kanak-kanak penghidap kanser.

Dalam misi ini,penganjur juga berhasrat untuk menyampaikan sumbangan kepada 500 nama kanak-kanak yang menghidap kanser di negara kita. 

Usaha murni dari Kelab Penunggang Motosikal Ukhwah Kembara Malaysia(UKM Bikers),Kelab Kebajikan Penunggang Motoskal Malaysia(WOC) dan Persatuan Jururawat Kesihatan Mental Malaysia(MHN). 

Menurut Presiden Kelab UKMB yang juga Presiden WOC, Proffesor Dr Sharifa Ezat binti Wan Puteh, usaha ini adalah bagi menyokong Persatuan Sokongan Kanser Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya CAKNE.

Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah merupakan pembuka tirai program 500 NAMES CANCER RIDES 2022.

Majlis Hi-Tea telah diadakan di Hotel Lacista seiring Penubuhan ‘Chapter CAKNE’ Peringkat Melaka oleh wakil TYT Negeri Melaka Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh 25 kanak-kanak penghidap kanser bersama keluarga.

“Kanser adalah dugaan yang besar dan perlu jagaan yang berulang-ulang'” tegas Senator Datuk Mohd Ridhwan sewaktu merasmikan Tabung Kanser Kanak-Kanak CAKNE Peringkat Negeri Melaka. 

Tambahnya lagi, beban ini menjadi lebih besar untuk keluarga miskin dan asnaf.Kanser bukan setakat menyerang golongan dewasa,malah turut juga menyerang kanak-kanak. 

Sumbangan serta sebarang bentuk bantuan akan dapat mengurangkan tekanan kos pengangkutan.

Ini kerana keluarga mangsa penghidap kanser terpaksa berulang bagi jalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Semoga segala usaha Tuan Hj Mohd Shah Awaluddin Pengasas Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM mendapat perhatian pihak yang bewajib.

Penglibatan seramai 50 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi dari 2 kelab yang terlibat tidak akan berakhir di Negeri Melaka. 

Mesej 500 NAMES CANCER RIDES 2022 akan diteruskan sehingga misi tercapai.

Usaha murni berkenaan bukan digalas oleh CAKNE sahaja malah menjadi tanggungjawab Seluruh rakyaat Malaysia. 

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kanak-kanak yang menghidap kanser kepada CAKNE di laman sesawang www.cakne.org.my.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here