Warga emas disangkakan pengemis, sekali beli Daihatsu secara tunai

1379

Seorang warga emas yang kelihatan seperti pengemis membuatkan pembantu jualan kenderaan Daihatsu terkejut apabila mengutarakan hajatnya ingin membeli kereta.

Kisah lelaki berusia 69 tahun itu tular di media sosial apabila dia membawa sekarung wang tunai. 



Dia yang berpakaian biasa awalnya disangkakan pengemis oleh pembantu jualan pusat pameran berkenaan.

Wardji datang ke pusat jualan Daihatsu PT Mandiri Zirang Utama Sragen, hanya berjalan kaki dan membawa sekarung wang untuk membeli Sigra yang berharga Rp180.4 juta (RM54,469).

Awalnya ketika dia tiba untuk membeli kereta, penjaga keselamatan pusat jualan itu menganggap dia berjenaka. 

“Awalnya ada pelanggan yang datang, biasanya dilayani dulu sama satpam (penjaga keselamatan) baru diarahkan ke saya.

“Awalnya, satpam fikir dia bukanlah benar-benar ingin membeli kereta. Maaf dikira pengemis kerana pakaiannya sederhana banget,” kata pembantu jualan, PT Mandiri Zirang Utama Sragen, Dezy Ais.

Selepas warga emas itu memberitahu tujuannya ke pusat jualan itu, dia langsung dilayani dan melihat beberapa kenderaan yang dipamerkan.

Bagaimanapun, ketika itu dia tidak membuat tempahan tetapi berjanji akan datang semula membawa wang. 

“Jadi saat datang ke kaunter, langsung saya layani sepenuh hati. Entah itu siapa pun yang datang langsung saya layani, kemudian lihat-lihat mobil juga minta brosur juga.

“Saya tawar air minum juga tidak mahu, bapak itu bawa minum sendiri dalam botol. Dari (pertemuan) pertama, kedua, ketiga, datang sendiri saat lihat-lihat,” jelasnya.

Bagaimanapun, pada Sabtu (20 Ogos), Dezy mengaku terkejut apabila dimaklumkan Wardji tiba di pusat jualan ingin membeli kereta.

Dia membawa sekarung wang bahkan tidak ingin duduk dikerusi melainkan lebih selesa duduk di lantai mengira wangnya.

“Kami kira dari jam 7 pagi hingga 10 pagi kerana wang yang dibawa Rp2,000 ada juga yang Rp50,000. Mungkin, wangnya lama disimpan ada yang dimakan anai-anai juga,” jelasnya.

Setelah pembayaran selesai,  kereta berwarna putih itu langsung dihantar ke rumah warga emas berkenaan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here