King berhenti di garis kuning halang bas, kena hon panjang masih tidak bergerak

2457

Memandu kenderaan di Malaysia memerlukan anda untuk memberi perhatian dan berhati-hati.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kesilapan yang kecil di jalan raya boleh mencetuskan masalah besar atau kemarahan pengguna lain. Seperti mana yang berlaku pada sebuah Perodua Myvi ini.



Sikap mementingkan diri yang tidak mengendahkan bas yang ingin menurunkan dan  mengambil penumpang mengundang marah orang awam yang berada di tempat kejadian. 

Dalam klip video 15 saat itu, Perodua Myvi itu menghentikan kenderaannya di bahu jalan di sebuah hentian bas. Kebarangkalian pemandu sedang menunggu penumpang.

Bagaimanapun, tindakannya berhenti di luar zon yang ditetapkan menyebabkan kesesakan lalu lintas di belakang. 

Walaupun bas Rapid KL dan kenderaan di belakang membunyikan hon yang panjang, pemandu Myvi berkenaan masih tidak bergerak. 

Pada video itu boleh dilihat seorang wanita cuba memaklumkan kepada pemandu King itu namun tidak diendahkan. Kemudian datang seorang lelaki berbaju hitam mengarahkan Myvi tersebut bergerak.

Namun, pemandu hanya berganjak sedikit ke depan dan berhenti. Lelaki berbaju hitam itu datang semula meminta dia beredar kerana menyebabkan kesesakkan. 

Di penghujung video, boleh dilihat pemandu Myvi itu bergerak lebih jauh ke depan tetapi masih berhenti di tepi jalan.

Pada video itu, boleh dilihat Myvi itu berhenti di garisan kuning dan menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah menjadi satu kesalahan menghentikan kenderaan di garisan kuning. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here