Pemandangan paling ‘rare’, Honda parkir atas Mercedes

998

Satu pemandangan yang aneh apabila sebuah Honda meletakkan keretanya di atas sebuah Mercedes Benz di parkir sebuah pusat membeli belah. 

Kisah itu tular di TikTok dan dipercayai berlaku gara-gara kesilapan pemandu Honda yang berusia 73 tahun keliru antara pedal minyak dan brek.



Video yang dimuatnaik oleh akaun TikTok @Kelzkitch itu menjelaskan wanita warga emas yang memandu Honda Civic berkenaan memasuki ruangan parkir di Hurstville, Sydney.

“Kami berdua sedang menuju ke pintu dan lihat apa yang berlaku kepada keretanya, dia terus melalui pintu dan terus melepasi saya.”

Tiada rakaman detik yang menunjukkan kejadian itu berlaku dan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan netizen.

Difahamkan, warga emas berkenaan melanggar pintu pagar lalu Honda yang dipandu melambung ke atas Mercedes Benz.

Dalam kejadian itu, anggota paramedik merawat seorang lelaki berusia 50-an sebelum dia dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here