Nelayan terapung 6 jam dalam peti sejuk selepas dilanda ombak besar

591

Seorang nelayan enam jam terapung di dalam peti sejuk di luar pantai wilayah Krabi, Thailand.

Anat Massoyot diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan dia terapung selepas botnya karam.



Pemuda berusia 33 tahun dari Kampung 3, Nong Thale daerah Mueang itu dikatakan memanjat peti sejuk yang dia gunakan menyimpan ikan dan berdoa diselamatkan. 

Anat membawa botnya untuk menangkap ikan di pulau Koh Lao Hong, berhampiran Pulau Hong seorang diri dan berkata ketika itu cuaca begitu baik. 

Botnya kemudian dihempas ombak besar dan air mula memenuhi ruang sebelum tenggelam di tengah laut. 

Dia bernasib baik dapat memanjat dan baring di dalam peti sejuk lama berkenaan. Walaupun tidak dapat melihat dengan jarak jauh, kebetulan bot nelayan yang melalui kawasan itu menyelamatkan Anat.

Sebelum itu, Ketua Kampung 3, Somsak Debbut mengerahkan pasukan mencari bot Anat namun tidak menemuinya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here