S1K kembali hujung minggu ini: 77 kenderaan bakal berentap, masuk percuma ke Grandstand Utama

384

Edisi ke-14, Sepang 1000km (S1K) kembali pada 17, 18 dan 20 November 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan menerima penyertaan tertinggi sejak 2019.

Dengan menerima slot grid maksimum 77 kereta, mereka bakal bersaing dalam dua kelas berbeza; Kelas Pengeluaran M dan Kelas Pengeluaran S untuk kereta pengeluaran di bawah 1,600cc. 

Selepas dua tahun sekatan pergerakan akibat pandemik, acara itu mampu menarik penyertaan dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan banyak lagi.



Selain itu, beberapa perubahan dilakukan pada edisi tahun ini dengan Latihan Percuma akan diadakan pada Khamis dan Sesi Kelayakan diadakan pada Sabtu. 

Perlumbaan akan dimulakan pada Ahad dari 9.30 pagi dan berakhir pada 6.30 petang dengan jumlah 181 pusingan.

Paling penting, kemasukan adalah percuma untuk ke Grandstand Utama dan Kemasukan Paddock tersedia untuk direbut pada harga RM106 untuk mendekati dan melihat pasukan lumba kegemaran anda!

Malah, perlumbaan juga boleh disiarkan secara langsung di laman Facebook SIC.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here