[Video] Pegawai polis disaman halang ambulans

1206

Sebuah video yang menunjukkan trak pikap menghalang laluan ambulans membawa pesakit kritikal ke hospital di wilayah Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand mengundang kemarahan warga maya. 

Siasatan awal mendapati pemandu Ford Ranger berkenaan merupakan Kapten Polis di Balai Polis Dan Khun Thot. Susulan kejadian itu, pegawai polis berkenaan didenda BHT 500 (RM63) kerana melanggar Akta Trafik Jalan Raya (1979).



Pemandu ambulans, Worawut Naebchid berkata pasukan menuju ke Kampung Ban Khok Sanga selepas menerima panggilan seorang warga emas, 73 pengsan.

Bagaimanapun anggotanya tidak berjaya menyedarkan pesakit dan perlu dihantar ke hospital dengan segera. 

“Semasa dalam perjalanan, berhampiran Pasar Segar Mittraphap, ambulans dihalang trak pikap Ford walaupun siren dan lampu kecemasan dihidupkan,” katanya.

Bahkan, trak pikap berkenaan berhenti di lampu merah dan ambulans tidak dapat meneruskan perjalanan.

Worawut menggunakan pembesar suara meminta pemandu Ford membuka laluan kerana terdapat pesakit dalam keadaan kritikal. Tetapi, pemandu itu tidak berganjak dan keluar dari kereta menuju ke arah ambulans.

Pemandu Ford berkata, “Adakah anda tidak melihat lampu merah?”.

“Ada seorang pesakit keadaan kritikal dalam ambulans. Tolong bolehkah awak bergerak ke kiri?,” balas pemandu ambulans itu.

Pemandu Ford tidak menjawab sebaliknya masuk semula ke dalam kereta lalu lampu bertukar hijau dan terus memandu di depan ambulans.  

Kemudian ambulans berhenti di pintu masuk Nanthakhet untuk memindahkan pesakit dari ambulans perkhidmatan menyelamat ke ambulans hospital.

Pegawai dari Balai Polis Pak Chong mendedahkan bahawa pemandu tersebut sebenarnya  Kapten Polis “Chanchai” yang bekerja sebagai Timbalan Inspektor Balai Polis Dhan Khun Thot. 

Pegawai polis itu juga seharusnya menghadiri perjumpaan dengan Yayasan Sawang Wicha Thammsat pada tengah hari Ahad dan membuat permohonan maaf susulan kejadian menghalang ambulans.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut susulan atas alasan masih di bawah siasatan polis. Difahamkan, pesakit diserang angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here