Malaysia Autoshow 2023: WMOTO Gemma 125, skuter gaya retro, harga bermula RM6,988

1018

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan model skuter 125cc baharu iaitu WMOTO Gemma 125 sempena Malaysia Autoshow 2023.

Jentera itu menerapkan reka bentuk gabungan gaya fesyen terkini dan juga retro. Lampu belakang menggabungkan elemen gaya retro.

Ditawarkan dengan dua warna membabitkan Refined Grey dan Special Purple yang harga bermula RM6,988.



Dengan setiap pembelian WMOTO Gemma 125, pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Apa yang menariknya dengan WMOTO Gemma 125

Sistem pencahayaan LED penuh serta lampu hadapan menggunakan LED gred automotif dengan kecerahan 50K candela. Bentuk lampu hadapan menggunakan reka bentuk berbentuk berlian, menyerlahkan lagi ciri-ciri skuter ini. 

WMOTO Gemma 125 menggunakan Sistem Kunci Pintar atau Passive Keyless Entry (PKE), yang boleh mempunyai fungsi mula automatik iaitu untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kenderaan. 

Paparan panel skrin, menggunakan skrin  TFT bersaiz 3.5 inci dimana data yang dipaparkan adalah lebih jelas dan mudah dibaca. 

Sebagai standard, port pengecas USB turut disediakan di bahagian kompartmen hadapan yang memudahkan penunggang untuk mengecas peranti elektronik semasa menunggang.

Ruang simpanan di bawah tempat duduk boleh memuatkan topi keledar bersaiz 3/4, dengan ruang untuk menyimpan barangan peribadi. 

Dilengkapi enjin satu silinder empat lejang sejukan udara dengan sesaran 117.3cc. Menghasilkan kuasa maksimum 8.31Hp pada 7,500rpm, dan tork maksimum 9.3 Nm pada 6,000rpm. 

Skuter ini menggunakan roller rocker 13 diameter yang mengurangkan geseran, dimana ia membantu mengurangkan kerosakan mekanikal dan memanjangkan hayat lengan ayun dan camshaft. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here