Mforce Bike lancar WMoto SM125i, harga RM5,888

276

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan kapcai SM125i pada harga cadangan RM5,888.

WMoto SM125i dijana oleh enjin 123.7cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem bahan api
suntikan elektronik yang menghasilkan kuasa 5.8kw @ 8,000rpm dan tork 8.5Nm @ 6,000rpm. 

Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan. Keselesaan tunggangan disokong suspensi teleskopik pada bahagian depan dan dua penyerap hentak di belakang.



Keupayaan menghentikan dan memperlahankan kapcai tersebut diserahkan kepada brek cakera di depan manakala belakang menggunakan jenis dram.

Menariknya, SM125i merupakan motosikal 125cc yang pertama menggunakan panel meter pelbagai warna.

Walaupun dengan konsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini dilengkapi dengan lampu LED penuh pada bahagian depan, signal dan lampu belakang.

Selain itu juga, model ini turut menyediakan kemudahan untuk penunggang seperti sistem kunci anti curi, soket pengecas dan juga ruang simpanan bawah tempat duduk yang cukup untuk menyimpan barangan peribadi.

Dengan berat 96kg, SM125i ditawarkan menerusi tiga pilihan warna iaitu Radiant Yellow, Luminous Blue dan Blazing Red.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here