WMoto Malaysia lancar RT1, harga RM9,888

226

Selepas pelancaran RT2, WMOTO Malaysia menambah satu lagi siri RT menerusi pengenalan model RT1.

Didatangkan dengan tiga warna badan iaitu Enchanting Blue, Mystique Black dan Dazzling Grey, WMOTO RT1 dijual pada harga cadangan RM9,888.

Skuter tersebut menggunakan enjin 149.3cc, silinder tunggal, 4-lejang yang menghasilkan kuasa 11.5Kw @ 8,000rpm dan tork maksimum 14.5Nm @ 6,750rpm.



WMOTO RT1 dilengkapi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan panel meter TFT sekaligus menjadikannya skuter 150cc yang pertama dilengkapi dengan ciri sedemikian.

Tingkat keselamatan membrek dibantu oleh Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah sistem pencahayaan LED penuh pada lampu depan dan belakang.

Sama seperti RT2 dan RT3, model ini didatangkan kamera papan pemuka depan dengan kualiti 1080p yang mana penunggang dapat merekodkan perjalanan dengan lebih jelas.

Selain itu, ia juga menggunakan sistem kunci pintar untuk menghidup dan mematikan enjin.

WMOTO RT1 turut dipasang dengan pad anti-gelincir di bahagian pemijak kaki dan pedal penumpang dengan salutan aluminium.

Di bawah pelana, terdapat ruang simpanan luas yang turut dipasang dengan lampu LED dan tidak ketinggalan visor penghadang angin.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here